Pages


Thursday, May 5, 2011

Agrobank Bukan Untuk Pertanian Sahaja

Agrobank sasar aset RM10 bilion

Disember 9, 2009 - Utusan Malaysia

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Agrobank hari ini menyasarkan pemilikan aset mencecah RM10 bilion menjelang akhir tahun ini melalui penawaran produk di bawah dana kerajaan dan produk pinjaman komersialnya.

Ketua Pegawai Korporat Agrobank, Mohamad Che Taib berkata, setakat Oktober tahun ini, bank berasaskan pertanian itu berjaya mengumpul aset sebanyak RM9.7 bilion berbanding RM8.2 bilion tahun lalu.

"Ini bermakna dalam tempoh setahun lebih kita boleh menjana sebanyak RM 1 bilion lebih, jadi rasanya tiada masalah untuk mencapai RM10 bilion melalui pelbagai produk pinjaman Agrobank.'' kata beliau ketika ditemui pemberita selepas majlis Sarapan Bersama Agrobank di sini hari ini.

Majlis itu juga dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Wira Mohd. Johari Baharum yang turut melancarkan laman web terbaru Agrobank yang dikorporatkan pada 1 April 2008.

Sementara itu, Mohamad berkata, Agrobank juga dijangka mencatat keuntungan bersih RM245 juta tahun ini berbanding RM145 juta pada tahun lepas.

Beliau berkata, sehingga Oktober lalu, pinjaman yang dikeluarkan Agrobank adalah berjumlah RM5.7 bilion berbanding RM4.7 bilion pada Disember tahun lalu.

Katanya, sebanyak RM 230 juta permohonan pembiayaan mikro pakej rangsangan ekonomi (ESP-i) Agrobank telah diterima tidak sampai setahun selepas kerajaan memperuntukkan RM300 juta untuk program mikro kredit dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua.

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...