Pages


Thursday, May 5, 2011

Apakah Jadah NKEA, NKRA, ETP & GTP?

Kerajaan mahu Pemandu kaji semula

November 3, 2010 - Utusan Malaysia

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 2 Nov. - Kerajaan negeri mahu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) melibatkan pelancongan, kelapa sawit serta elektrik dan elektronik dikaji semula oleh jawatankuasa Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, ia berikutan tiada Projek Permulaan (EPP) yang dirangka melibatkan negeri ini meskipun Perak mempunyai kekuatan dalam ketiga-tiga industri tersebut.

"Misalnya, elektrik dan elektronik merupakan antara sektor yang terpenting di negeri ini kerana lima daripada 10 kilang terbesar di sini adalah melibatkan industri tersebut.

"Yang peliknya, ada negeri yang tidak mempunyai hasil kelapa sawit seperti Pulau Pinang tetapi mendapat EPP untuk bidang itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Ekonomi Negeri di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Aminudin Hashim.

Dalam pada itu, Zambry yang enggan menunjukkan rasa kekecewaannya itu berkata, Perak merupakan negeri pertama yang tampil membentangkan pelan komprehensif kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Beliau berkata, perancangan kerajaan negeri di bawah tujuh Bidang Keberhasilan Utama (KRA) menerusi wawasan Perak Amanjaya adalah selari dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) di peringkat Pusat.

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, beliau turut mengumumkan enam pelantikan ahli baru Majlis Ekonomi Perak yang juga anak kelahiran negeri ini bagi merancakkan perkembangan ekonomi.

Mereka ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany; Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq dan Naib Presiden Kanan Bahagian Perbankan Komersial HSBC, Leong Hua Kooi.

Tiga lagi yang dilantik ialah Pengarah Polisi Awam IDR, Dr. Mazalan Kamis; Pengarah Program dan Pengurusan Data Pengangkutan Awam Bandar Pemandu, Ahmad Suhaili Idrus dan bekas Naib Presiden Bank Pembangunan Islamik Jeddah, Datuk Dr. Syed Jaafar Syed Aznan.

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...