Pages


Thursday, May 5, 2011

Sekolah Satu Sesi

Punca kelewatan satu sesi

Disember 23, 2009 - Utusan Malaysia

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Kementerian Pelajaran sentiasa berusaha melaksanakan sekolah satu sesi tetapi masalah tanah dan sikap ibu bapa menjadi kekangan utama untuk merealisasikan matlamat itu.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kebanyakan sekolah dua sesi wujud di bandar kerana faktor tanah yang terhad dan harga tanah yang terlalu mahal.

"Sikap ibu bapa yang terlalu memilih sekolah berdekatan menyebabkan sekolah menjadi padat dan akhirnya dua sesi persekolahan terpaksa diadakan.

"Pembukaan banyak taman perumahan memerlukan pembinaan sekolah walaupun kita mempunyai sumber kewangan terhad," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan ProCanselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tan Sri Abdul Rahman Arshad supaya kerajaan mewujudkan sekolah satu sesi bagi membolehkan negara mencapai taraf pendidikan setanding negara maju.

Abdul Rahman berkata, sistem sekolah dua sesi yang masih dilaksanakan di sesetengah sekolah sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi diamalkan di negara maju.

Dalam pada itu, Mohd. Puad berkata, persekolahan satu sesi ketika ini hanya dilaksanakan di negeri kecil iaitu Melaka dan Perlis serta melibatkan sekolah rendah.

Dalam hal ini, jelasnya, kementerian akan melaksanakan sekolah satu sesi secara berperingkat-peringkat dan menyediakan guru cemerlang yang berkualiti untuk membantu perkembangan sekolah.

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...