Pages


Thursday, May 5, 2011

Anggota Rela Diserang

Serang anggota Rela serius

Disember 29, 2009 - Utusan Malaysia

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) memandang serius insiden dua anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) yang cedera diserang oleh sekumpulan lelaki pada sambutan Hari Krismas baru-baru ini.

Beliau berkata, ini disebabkan setiap ahli Rela juga memainkan peranan penting dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Saya melihat insiden ini sebagai satu perkara yang serius kerana saya menganggap setiap ahli Rela sebagai sebahagian keluarga besar KDN.

"Maka, semua agensi di bawah KDN termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan terus membantu Rela," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kejadian terbaru dua anggota Rela yang ditumbuk, ditendang dan diserang menggunakan topi keledar oleh sekumpulan 10 lelaki pada sambutan Hari Krismas di Persiaran Gurney, Pulau Pinang.

Ekoran insiden yang berlaku pada kira-kira pukul 12.30 pagi itu, kedua-dua anggota Rela berkenaan mendapat kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan serta berasa pening.

Difahamkan, kumpulan lelaki itu bertindak ganas ke atas anggota Rela terbabit kerana mahu seorang rakan mereka yang ditahan sebelum itu kerana mengganggu kenderaan di jalan tersebut dilepaskan.

Dalam insiden itu juga, seorang jurugambar televisyen didakwa ditumbuk di bibir dan beberapa wartawan akhbar turut ditolak oleh kumpulan pengunjung terbabit.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, beliau yakin insiden tersebut tidak akan menjejaskan prestasi anggota tersebut dalam menjalankan tugas mereka.

"Saya yakin ia tidak akan melemahkan semangat ahli anggota Rela yang lain," katanya.

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...