Tee Keat bercuti empat hari
October 12, 2009 - Utusan Malaysia
Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini mengambil keputusan bercuti empat hari sebelum mengambil sebarang keputusan berhubung keputusan EGM semalam.
Setiausaha akhbarnya, Lim Xiu Bin dalam satu nota ringkasnya melalui e-mel kepada Utusan Malaysia hari ini berkata, Tee Keat akan berbuat demikian bermula hari ini sehingga Rabu depan.
''Datuk Seri Ong Tee Keat akan bercuti bermula 11 Oktober (Ahad) hingga 14 Oktober (Rabu).
''Terima kasih atas kerjasama dan pemahaman anda,'' katanya.
Sementara itu, Tee Keat dalam blognya (www.ongteekeat.net) hari ini berkata, beliau akan memikul tanggungjawab sepenuhnya atas segala keputusan yang dibuat perwakilan pada EGM MCA semalam.
''Saya akan bertindak mengikut kepentingan parti setelah berbincang dengan rakan-rakan, penyokong dan menjalankan perbincangan secara rasmi pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) yang akan datang.
''Saya amat menghargai segala maklum balas, rayuan dan nasihat yang banyak diterima.
''Walaupun begitu, CC akan membincangkan keputusan EGM daripada pelbagai sudut serta masa depan jangka pendek parti,'' katanya.
Tee Keat turut mengulangi komitmennya bahawa beliau menghormati keputusan yang dibuat perwakilan MCA pada EGM semalam.
''Keputusan tersebut telah membawa makna tersendiri yang ditafsir secara berbeza oleh pihak media pelbagai parti,'' katanya.
Thursday, May 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment