April 17, 2010 - Utusan Malaysia
Sembilan kes kluster ILI terbaru
Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 16 April - Sebanyak sembilan kejadian kluster penyakit serupa influenza (ILI) dilaporkan berlaku di lima buah negeri sehingga pukul 8 pagi ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, sehingga pukul 5.30 petang semalam, jumlah terkumpul kes ILI yang masih dirawat di hospital seluruh negara adalah 549 kes.
"Sebanyak 62 kes daripadanya disahkan positif selesema babi atau influenza A (H1N1) dengan sembilan kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Jumlah terkumpul kes H1N1 setakat ini adalah 13,061 kes namun tiada laporan kematian yang diterima semalam," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya terus mengamalkan langkah pencegahan kerana jangkitan H1N1 masih terus aktif dalam komuniti.
Beliau berkata, orang awam yang mempunyai risiko tinggi dijangkiti seperti ibu mengandung dan penghidap penyakit kronik dinasihatkan segera mendapatkan pelalian vaksin A (H1N1) di 104 fasiliti yang disediakan kementerian di seluruh negara.
"Hasil pemantauan pemberian vaksin oleh kementerian mendapati ia selamat untuk diambil tanpa sebarang kesan sampingan yang serius," katanya.
Wednesday, May 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment