Kerajaan mahu Pemandu kaji semula
November 3, 2010 - Utusan Malaysia
Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
utusanperak@utusan.com.my
IPOH 2 Nov. - Kerajaan negeri mahu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) melibatkan pelancongan, kelapa sawit serta elektrik dan elektronik dikaji semula oleh jawatankuasa Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu).
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, ia berikutan tiada Projek Permulaan (EPP) yang dirangka melibatkan negeri ini meskipun Perak mempunyai kekuatan dalam ketiga-tiga industri tersebut.
"Misalnya, elektrik dan elektronik merupakan antara sektor yang terpenting di negeri ini kerana lima daripada 10 kilang terbesar di sini adalah melibatkan industri tersebut.
"Yang peliknya, ada negeri yang tidak mempunyai hasil kelapa sawit seperti Pulau Pinang tetapi mendapat EPP untuk bidang itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Ekonomi Negeri di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Aminudin Hashim.
Dalam pada itu, Zambry yang enggan menunjukkan rasa kekecewaannya itu berkata, Perak merupakan negeri pertama yang tampil membentangkan pelan komprehensif kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
Beliau berkata, perancangan kerajaan negeri di bawah tujuh Bidang Keberhasilan Utama (KRA) menerusi wawasan Perak Amanjaya adalah selari dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) di peringkat Pusat.
Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, beliau turut mengumumkan enam pelantikan ahli baru Majlis Ekonomi Perak yang juga anak kelahiran negeri ini bagi merancakkan perkembangan ekonomi.
Mereka ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany; Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq dan Naib Presiden Kanan Bahagian Perbankan Komersial HSBC, Leong Hua Kooi.
Tiga lagi yang dilantik ialah Pengarah Polisi Awam IDR, Dr. Mazalan Kamis; Pengarah Program dan Pengurusan Data Pengangkutan Awam Bandar Pemandu, Ahmad Suhaili Idrus dan bekas Naib Presiden Bank Pembangunan Islamik Jeddah, Datuk Dr. Syed Jaafar Syed Aznan.
Thursday, May 5, 2011
Apakah Jadah NKEA, NKRA, ETP & GTP?
Ada Apa Dengan Pasir?
Tiada tolak ansur - Zambry
October 28, 2010 - Utusan Malaysia
Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
utusanperak@utusan.com.my
IPOH 27 Okt. - Perak tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu yang terlibat dengan penyalahgunaan kuasa mahupun pelanggaran permit melibatkan aktiviti pengeluaran pasir di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengakui, isu pengeluaran pasir sering kali menjadi masalah memandangkan Perak merupakan sebuah negeri yang luas.
"Mungkin kaedah penguatkuasaan pada hari ini perlu dikaji kembali meskipun Perak pada suatu masa dahulu merupakan sebuah negeri yang terbaik dalam pengurusan pasir.
"Sebagai contoh, untuk tahun ini sahaja, kita telah mengambil tindakan tegas terhadap 97 kes pelanggaran syarat permit melibatkan pembatalan doket bernilai RM65,140. Kesemua kes tangkapan kes di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, Syed Mokhtar Syed Iddris di sini, semalam.
Zambry mengulas mengenai laporan Ketua Audit Negara 2009 yang mengatakan terdapat beberapa kesan ancaman alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti pengambilan pasir di negeri ini seperti hakisan dan ketidakstabilan tebing sungai.
Menurut laporan tersebut, kesan ancaman itu berpunca daripada pelaksanaan operasi pengambilan pasir yang tidak mematuhi syarat permit dan kelemahan penguatkuasaan oleh jabatan atau agensi kerajaan.
Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai cadangan perdebatan antara salah seorang Exco kanan kerajaan negeri iaitu Datuk Dr. Mah Hang Soon dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pada 1 November ini, Zambry berkata, ia adalah hak Hang Soon untuk melakukannya.
Beliau yang enggan menyatakan persetujuan atau menolak perdebatan itu bagaimanapun mempersoalkan syarat yang ditetapkan Koo Ham iaitu perlu mengesahkan Hang Soon sebagai wakil kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri untuk bersuara.
"Mengapa takut dan perlukan 'lampu hijau' serta pengesahan rasmi daripada kerajaan BN negeri melalui syarat-syarat yang ditetapkan sedangkan selama ini mereka sering kali memanipulasikan orang ramai melalui kenyataan mereka sendiri," soalnya.

Takkan Anak Perak Ajer
Majlis perundingan ditubuh
October 18, 2010 - Utusan Malaysia
Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
utusanperak@utusan.com.my
IPOH 17 Okt. - Majlis Perundingan Mahasiswa Negeri Perak akan ditubuhkan bagi memberi peluang kepada anak muda untuk memberi pandangan ke arah memaju dan membangunkan negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, majlis yang antara lain bertujuan merealisasikan agenda Perak Amanjaya itu akan diberikan peruntukan awal sebanyak RM100,000 bagi menjayakan pelbagai aktiviti.
"Kerajaan negeri mahu memahami suara mahasiswa terutama anak-anak Perak. Mereka perlu dianggap sebagai rakan yang akan membangunkan dan mencorakkan kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Perhimpunan Mahasiswa Anak Perak 2010 anjuran bersama Yayasan Perak di kediamannya semalam.
Kira-kira 1,000 mahasiswa hadir mengikuti program tersebut yang pertama kali diadakan dengan bertemakan Mahasiswa Menjana Transformasi.
Turut hadir Pengerusi Yayasan Perak, Datuk Nadzri Ismail yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi.
Dalam pada itu, Zambry berkata, mahasiswa perlu diperjelaskan dengan kebenaran dalam pelbagai isu dan tidak seharusnya mempercayai segala yang disampaikan dalam media baru secara bulat-bulat.
Menurut beliau, sebagai mahasiswa, mereka perlu bersifat terbuka dan sentiasa kritis untuk menerima pandangan daripada pelbagai pihak.
"Saya juga tidak mahu melihat polarisasi kaum berlaku di kalangan anak Perak sama ada melibatkan orang Melayu, Cina, India mahupun Orang Asli," katanya.

Kisah Hidup Si Nelayan
2 nelayan lemas, 4 hilang bot dirempuh kapal
October 7, 2010 - Utusan Malaysia
Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
pengarang@utusan.com.my
LUMUT 7 Okt. – Dua nelayan lemas manakala empat lagi hilang apabila bot pukat jerut yang mereka naiki bersama 10 lagi awak-awak dilanggar sebuah kapal dagang kira-kira 10 batu nautika (18 kilometer) dari Kuala Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, awal pagi ini.
Dalam kejadian pada pukul 3.40 pagi itu, kesemua mereka dalam perjalanan pulang membawa 30 tong hasil tangkapan ikan cencaru ke Hutan Melintang.
Kejadian melibatkan bot nelayan tempatan bernombor pendaftaran KHF1769 itu dikatakan berlaku ketika kesemua nelayan terbabit sedang nyenyak tidur apabila sebuah kapal dagang tiba-tiba merempuh mereka sehingga bot terbalik.
Komander Pasukan Gerakan Marin Wilayah (1), Asisten Komisioner Zainul Abidin Hassan berkata, tujuh daripada nelayan terlibat terdiri daripada rakyat tempatan dan selebihnya berasal dari Thailand.
Menurutnya, Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin (PGM) Kampung Acheh, Sitiawan yang menerima maklumat kemalangan tersebut pada pukul 8.30 pagi segera melancarkan operasi mencari dan menyelamat.
Katanya, operasi itu disertai oleh tiga pegawai, 22 anggota, tiga bot ronda, sepasukan unit selam dan sebuah helikopter Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya lagi, pada pukul 11 pagi, sepasukan anggota penyelamat sampai ke lokasi dan berjaya menyelamatkan 10 nelayan yang berpaut pada bot terbalik.
“Tujuh daripadanya dibawa balik ke markas operasi untuk pemeriksaan kesihatan sementara tiga lagi dihantar ke Hospital Sabak Bernam untuk rawatan pesakit luar.
“Seorang nelayan warga Thailand dijumpai lemas oleh pasukan penyelam kira-kira sejam setengah selepas itu (pukul 12.30 tengah hari) manakala mangsa kedua iaitu rakyat tempatan, pukul 4.30 petang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Pemilik bot berkenaan, Lim Chun Meng (gambar), 40, berkata, dia dimaklumkan kejadian yang menimpa anak buahnya itu setelah diberitahu oleh nelayan lain.
Katanya, sebaik sahaja mendapat maklumat, dia segera melaporkannya kepada PGM untuk meminta bantuan.
Sementara itu, seorang mangsa, Tan Sie Tak, 34, berkata, dia sempat memanjat bot terbalik itu bersama sembilan lagi rakan lain.
Katanya, dalam keadaan kelam kabut itu, enam hilang termasuk abangnya, Tan Sie Gong, 39.
Sie Tak berkata, ketika kejadian 15 orang yang berada di dalam bot itu tidur dan hanya seorang sahaja ditugaskan mengendalikan bot itu.
“Apabila bot berlanggar dengan kapal dagang yang membawa kontena barulah kami semua tersedar ketika itu bot sudah terbalik.
“Saya terus berenang mendapatkan bot yang sudah terbalik untuk menyelamatkan diri,” katanya.
Tambahnya, hanya kira-kira pukul 7 pagi barulah terdapat sebuah bot nelayan melalui kawasan tersebut dan menyelamatkan mereka semua.
Bercerita lanjut, ujar Sie Tak, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke Pangkalan Hutan Melintang, Perak, selepas selesai memancing.
Pada perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supritendan Noor Mushar Mohamad berkata, dua mayat ditemui di lokasi berhampiran petang tadi.
Mayat pekerja asing warga Thailand Gong dibawa ke jeti Bagan Nakhoda Omar manakala mayat Siu Gong ke Jeti Hutan Melintang Perak.
“Kedua-dua mayat telah dihantar ke Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) di sini untuk bedah siasat,” ujar beliau.

Abih Tue Rakan Muda Camner Plak?
Rakan Cop berkesan
September 19, 2010 - Utusan Malaysia
Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
utusanipoh@utusan.com.my
IPOH 18 Sept. - Usaha merapatkan hubungan polis dengan masyarakat setempat bagi membendung jenayah melalui Rakan Cop dan talian hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak ternyata berkesan dengan tertangkapnya dua pelajar asing yang dipercayai terbabit dalam kejadian pecah rumah di sini.
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, kesedaran penduduk untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa dengan segera apabila mengesyaki sesuatu perbuatan jenayah sedang berlaku membolehkan anggota polis bertindak memberkas penjenayah.
"Saya merasakan sikap tanggungjawab penduduk di negeri ini bertambah baik dan tidak sia-sia dengan usaha agresif kita menggalakkan penggunaan Rakan Cop dan hebahan talian hotline polis.
"Kesedaran penduduk untuk memaklumkan aktiviti jenayah seperti pecah rumah kepada pihak polis dengan segera amatlah membanggakan," katanya.
Beliau mengulas tindakan pantas seorang jiran menghubungi polis sehingga tertangkapnya dua lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Panorama Perdana di sini Rabu lalu.
Kedua-dua suspek masing-masing berumur 30 dan 34 tahun merupakan warga asing yang sedang menuntut di sebuah kolej swasta di ibu negara.
Dalam pada itu, Zulkifli berkata, kejayaan terbaru polis melibatkan penangkapan warga asing itu membimbangkan orang ramai disebabkan keberanian mereka melakukan jenayah di negara orang.
Bagaimanapun, beliau percaya, aktiviti jenayah seumpama itu dapat dibendung sekiranya penduduk di negeri ini terus menunjukkan sikap prihatin serta melaporkan kepada polis dengan segera sekiranya mendapati individu yang mencurigakan merayau-rayau atau membuat pemerhatian di kawasan mereka.

Owh Tidakkk.... Baby Rentung
Tiga beranak antara empat rentung
September 15, 2010 - Utusan Malaysia
Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR dan ROZIANAH RISMAN
pengarang@utusan.com.my
TANJUNG MALIM 15 Sept. - Empat termasuk tiga beranak rentung apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas merempuh belakang sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 394, Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Behrang dekat sini pagi ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.15 pagi ketika keempat-empat mangsa termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 25 bulan dalam perjalanan pulang ke Kota Damansara, Selangor selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman tiga beranak itu di Jerlun, Kedah.
Mereka yang maut dalam kejadian itu ialah pemandu kereta Proton Persona terbabit, Azri Ismail, 27; isterinya, Suzita Abu Bakar, 25, anak lelaki mereka, Mohd. Amar Haikal dan Mohd. Haznizam Abdul Mutalib, 20.
Mohd. Haznizam yang berasal dari Langkawi turut bersama keluarga itu kerana bakal diambil bekerja di pusat rawatan spa milik pasangan suami isteri tersebut.
Ketua Trafik Hulu Selangor, Supritendan Mohd. Taib Songoh berkata, siasatan awal polis mendapati kereta yang dipandu Azri itu merempuh bahagian kiri belakang treler membawa muatan pasir yang diletakkan di laluan kecemasan lebuh raya kerana mengalami kerosakan tayar.
"Siasatan awal polis mendapati, kereta tersebut gagal dikawal lalu merempuh belakang treler terbabit sehingga menyebabkan ia terbakar," katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Kubu Bahru hari ini.
Mohd. Taib berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa mengantuk sewaktu nahas berkenaan.
Ketika kemalangan, keadaan cuaca baik dan trafik agak lengang.
Beliau berkata, jenazah keempat-empat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bahru untuk dibedah siasat.
"Jenazah mangsa kemudian dituntut waris untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing," katanya.
Sementara itu, pemandu treler tersebut, T. Ramathas, 37, berkata, tidak lama selepas dia memberhentikan kenderaannya, sebuah kereta tiba-tiba merempuh belakang treler tersebut.
"Ketika itu saya dalam perjalanan dari Sungkai menghala ke Sungai Buloh untuk menghantar muatan pasir. Saya terpaksa berhenti di lorong kecemasan setelah rim tayar mengalami masalah.
"Sebaik turun dari lori saya terus letak kon dan penanda segi tiga kecemasan serta menghubungi pihak lebuh raya untuk mendapatkan bantuan namun tidak sampai 3 minit, saya nampak sebuah kereta merempuh belakang treler," katanya.
Dalam pada itu, bapa saudara kepada Mohd. Haznizam, Mad Saad Ahmad, 56, berkata, anak saudaranya itu sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur kelmarin menaiki bas bersama tiga kawannya setelah berhari raya di Langkawi.
Bagaimanapun, dia memberitahu, Mohd. Haznizam kemudian telah mengubah fikiran dan menumpang Azri sekeluarga setelah ditawarkan bekerja di pusat rawatan spa yang dikendalikan Suzita.
Utusan Malaysia difahamkan, pusat rawatan tersebut baru dibuka beberapa bulan lalu.
"Jenazah Mohd. Haznizam akan dibawa pulang ke Kampung Ewa, Langkawi untuk dikebumikan pagi esok," katanya.

Tau Buat Anak Jer .. Sapa Nak Jaga ?
Bayi lelaki ditinggalkan di bawah jambatan
September 15, 2010 - Utusan Malaysia
Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
IPOH 15 Sept. – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di atas beberapa batang paip di bawah sebuah jambatan di Kampung Cegar, Bidor di sini petang ini.
Bayi malang itu ditinggalkan kira-kira 1.5 kilometer dari Taman Rekreasi Air Panas Sungai Kelah dan ditemui seorang wanita pada pukul 5.30 petang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Supritendan Abdullah Arshad berkata, bayi yang masih bertali pusat itu dalam keadaan sihat dan dibawa ke Klinik Kesihatan Sungkai untuk pemeriksaan lanjut. – Utusan

Subscribe to:
Posts (Atom)