Pages


Thursday, May 5, 2011

Polemik Wang Ihsan Yang Tak Berkesudahan

Jangan politikkan wang ihsan

November 6, 2009 - Utusan Malaysia

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Keputusan kerajaan pusat memberikan wang ihsan petroleum kepada Kelantan tidak perlu dipolitikkan kerana ia sebenarnya adalah kesinambungan daripada bantuan kepada negeri itu dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bernilai RM7 bilion.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, pemberian itu adalah tambahan kepada usaha yang telah dilaksanakan kerajaan pusat di Kelantan.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan berkata, ia juga tanda prihatin terhadap negeri Kelantan yang perlu mendapat pembelaan.

''Yang penting, rakyat Kelantan akan mendapat bantuan tambahan dan jangan kita mempolitikkan perkara ini,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyampaian Biasiswa Panasonic 2010 di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Misi Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takashi Hoshiyama dan Presiden Panasonic Scolarship Co. Ltd., Tadaharu Taguchi.

Mustapa berkata, kerajaan Pusat tidak pernah pilih kasih sebaliknya terus membela rakyat Kelantan.

''Malah, kalau kita lihat Kelantan mendapat peruntukan lebih besar untuk basmi kemiskinan dan ini saya tahu kerana saya Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Kelantan,'' katanya.

Dalam pada itu, Tadaharu memberitahu, dua orang lagi pelajar Malaysia terpilih untuk menerima biasiswa Panasonic bagi melanjutkan pelajaran pada peringkat sarjana di Universiti Tokyo, Jepun.

Katanya, mereka ialah graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Chan Poh Kam yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan elektrik. Sementara Subhashini Raj dari Universiti Malaya (UM) akan meneruskan pengajian dalam penyelidikan nanoteknologi.

Menurut beliau, sehingga tahun lepas, seramai 38 pelajar dari Malaysia telah terpilih untuk menerima biasiswa tersebut yang telah diperkenalkan sejak 1998.

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...