Pages


Wednesday, May 4, 2011

Mak Kata Gula Cukup Ok

August 8, 2009 - Utusan Malaysia

Gula dijamin mencukupi - Ismail Sabri

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi jaminan bekalan gula di seluruh negara mencukupi sepanjang musim perayaan tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, empat kilang gula utama di Malaysia iaitu di Shah Alam (Selangor), Seberang Prai (Pulau Pinang), Padang Terap (Kedah) dan Chuping (Perlis) mempunyai stok gula sebanyak 60,000 tan metrik.

"Saya nasihatkan kepada pengguna supaya tidak perlu bimbang dan panik kerana 'pembelian panik' merupakan antara faktor penyumbang kepada pengurangan gula.

"Kepada pengkhianat negara yang menyeludup gula pula, kita tidak akan berkompromi kerana pembatalan lesen akan dibuat secara serta merta dan tidak ada seorang pun boleh terlepas," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar majlis penutup Bengkel Pan-Komanwel bertemakan 'Memanfaat Tadbir Urus Korporat dan Strategi Etika Dalam Memperkukuh Sistem Integriti Institusi Daripada Rasuah' di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, faktor kenaikan harga gula di luar negara merupakan antara sebab gula di negara ini diseludup di sempadan tanah air.

"Di Malaysia, harga satu kilogram gula setelah disubsidi kerajaan adalah RM1.45 sedangkan di Thailand harganya mencecah RM2.20 sekilogram.

"Sekiranya harga gula di luar negara juga rendah dan tiada bezanya di Malaysia, maka penyeludupan ini tidak akan berlaku," katanya.

Sehubungan itu, katanya, unit penguat kuasa penyeludupan dengan kerjasama polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) telah melakukan tangkapan besar di Pengkalan Kubor, Kelantan selain menyita gudang tempat gula disorok di Perlis baru-baru ini.

Sementara itu, beliau berkata, pengilang-pengilang gula juga sudah bersetuju dengan permintaan untuk menambah pengeluaran gula.

"Bekalan-bekalan gula sudah banyak dihantar ke tempat-tempat di seluruh Malaysia termasuk Perlis.

"Selain itu, kita juga mempunyai pegawai pemantau harga yang akan menghantar laporan terkini kepada saya setiap hari," katanya.

Tambahnya, terdapat 20 jenis barang lagi yang akan dikawal selia dan sedang dibincang bersama pihak industri bagi memastikan bekalan tersebut tidak berkurangan.

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...