Pages


Sunday, April 22, 2012

Illegal Immigrants in Combat




Imigresen tahan 127 PATI

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

IPOH 13 April - Jabatan Imigresen negeri menahan 127 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi penguatkuasaan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/PATI (6P) selepas menyerbu tapak pembinaan Bandar Sri Botani di sini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 7 petang itu, kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada 117 warga Indonesia dan 10 warga Bangladesh.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (I) negeri, Ahmad Puat Abd. Hamid berkata, ketika operasi, seramai 169 warga asing melibatkan 126 lelaki dan 43 wanita diarah berkumpul untuk diperiksa.

"Bagaimanapun, 127 mereka yang ditahan itu dibawa balik ke pejabat untuk semakan lanjut kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Majikan berkenaan juga akan dipanggil untuk mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan bagi membuktikan kehadiran pekerja-pekerja mereka di negara ini adalah sah mengikut undang-undang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Operasi itu yang disertai tiga pegawai dan 50 anggota dari Jabatan Imigresen negeri serta dibantu 29 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) itu berakhir kira-kira tiga jam kemudian.

Selain itu, beberapa pegawai daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut membantu pemburuan PATI yang tidak mendaftar dengan program pemulihan 6P.

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...